Friday, August 27, 2010

DEFINISI CINTA............

Cinta adalah pertalian kasih sayang yang merangkumi seluruh aspek fizikal dan mental. Sebenarnya terdapat pelbagai definisi untuk cinta. Imam Ghazali di dalam bukunya Kimia as-Sa’adah (Rahsia Kebahagiaan) mendefinisikan cinta sebagai suatu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Robert J. Sterberg pula menggambarkan cinta sebagai perhubungan dalam Teori Tiga Segi Cinta (The Theory of Triangular Love) yang melibatkan komponen keintiman(intimacy), nafsu(passion), dan komitmen (commitment). Menurutnya, cinta adalah hubungan dinamik yang mementingkan kebahagiaan dan persefahaman sepanjang perhubungan cinta tersebut. (Psikologi Cinta m/s 13,21 dan 23, 2004)

PENDAHULUAN

Cinta merupakan satu anugerah Allah SWT kepada semua makluknya tidak kira sama ada manusia ataupun haiwan. Cinta amatlah indah untuk diperkatakan oleh semua manusia. Pada masa sekarang, kita hanya dapat melihat cinta kepada manusia semata-mata iaitu cinta kepada kekasih hati sedangkan mereka sepatutnya wujudkan cinta dalam hati kepada yang lebih agung iaitu cinta kepada Allah SWT. Bagi seseorang perempuan, hidup mereka telah cukup lengkap apabila seseorang lelaki yang hadir dalam hidup mereka bagi mengisi kekosongan dalam hati mereka. Apabila seseorang dikuasai oleh sayang yang terlampau, mereka sanggup mengadaikan maruah mereka kepada seseorang lelaki yang belum menjadi suami mereka. Bak kata remaja zaman ini “Kahwinnya sudah cuma nikahnya sahaja yang belum”. Akhirnya, apabila hati dan akal telah dikawal oleh hasutan syaitan maka si gadis hilang daranya dan si lelaki hilang terunanya. Hal ini bagi seorang perempuan dengan cara memberi segala yang berharga pada diri mereka kepada orang yang dicintai adalah bukti bahawa cinta mereka pada lelaki tersebut adalah cinta yang sangat agung manakala bagi seseorang lelaki pula dengan cara mengambil hak yang bukan milik mereka adalah untuk mengikat agar perempuan yang dicintainya itu tidak berubah hati kepada orang lain tanpa memikirkan kesan yang akan mereka tanggung kelak. Oleh itu, hal ini menyebabkan pelbagai masalah moral telah berlaku dalam kehidupan masyarakat sekarang.

APAKAH PUNCA CINTA DUNIA?????????????????

Faktor media massa


Kini, semua masyarakat mengetahui bahawa media massa merupakan salah satu medium untuk mencari maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, berkomunikasi dan sebagainya. Oleh disebabakn itu terdapat segelintir masyarakat menyalahgunakan media sebagai tempat untuk mencari teman dengan berbual melalui medium yang disediakan. Hal ini secara tidak langsung boleh membuatkan sesuatu perhubungan itu wujud tanpa disedari apabila masing – masing mula bertukar – tukar nombor telefon bimbit bagi memudahkan mereka berhubung.

PUNCA CINTA DUNIA............



Faktor Agama
Disamping itu, faktor agama juga merupakan faktor yang penting dalam bercinta. Setiap agama terutamanya agama Islam mewajibkan setiap yang hidup mencari pasangan masing – masing untuk meneruskan hidup supaya menjadi lebih lengkap serta menggalakkan pertumbuhan keturunan tetapi setiap manusia yang menjalinkan perhubungan itu perlulah mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Setiap agama tidak menghalang sesuatu perhubungan itu tetapi perlulah menjaga batas – batas agama dalam perhubungan.

Naluri kemanusiaan
Setiap manusia mempunyai naluri untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, manusia juga memerlukan kasih sayang, belaian, dan sebagainya dari setiap pasangan. Manusia juga dilahirkan untuk berpasangan.

PUNCA


Faktor keluarga
Faktor keluarga merupakan salah satu penyebab pelajar mula ingin bercinta. Hal ini berlaku kerana apabila ibu bapa terlalu mementingkan harta dan terlalu sibuk menguruskan pekerjaan sehingga menyebabkan anak mereka tidak dapat kasih sayang, belaian, kawalan dan perhatian daripada mereka. Hal ini menyebabkan anak mereka mula mencari teman untuk mendapatkan semua yang diingini daripada teman tersebut.
Selain itu, faktor keluarga dilihat dari segi masalah rumah tangga iaitu masalah institusi keluarga itu sendiri seperti penceraian, bergaduh atau sebagainya menyebabkan anak mereka mula menjadi runsing dan ini akan menyebabkan anak mereka mula mencari jalan keluar dari permasalahan ini dengan bercinta.

Faktor persekitaran
Faktor persekitaran adalah salah satu punca yang menyebabkan berlakunya masalah bercinta. Hal ini berlaku apabila seseorang remaja itu terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Masalah ini dapat dilihat kini apabila terdapat ramai remaja yang mula terjebak dengan dunia cinta akibat dipengaruhi dengan persekitaran yang dikelilingi oleh ramai manusia yang bebas bersosial.

BAHAYANYA CINTA PADA MASA SEKARANG


Menjejaskan Kesihatan
•Seorang wanita yang menggugur kandungan bayi ini kemungkinan tidak mendapatkan rawatan yang wajar mereka jalani. Hal ini kerana mereka akan menggugurkan anak tersebut di dalam Tandas dan juga pergi berjumpa denga doktor atau bidan-bidan yang tidak bertauliah. Oleh itu, keselamatan perempuan tersebut mungkin tidak akan terjamin sehinggakan boleh membawa kepada maut.
•Selain itu, kejadian ini juga akan menjejaskan sistem peranakkan bagi seorang perempuan tersebut kerana organ dalaman mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran bayi tersebut. Hal ini juga akan mengakibatkan berlakunya penyakit kelamin dimana seorang perempuan akan menanggung kesakitan di pelvik secara berpanjangan disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus “Human Papiiloma Virus” yang akan membawa kepada kanser pangkal rahim.

Kesan Kepada Bayi Atau Anak
•Bagi bayi yang dibuang itu hidup –bayi tersebut tidak akan mendapatkan kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka sendiri. Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya apabila mereka besar nanti mereka mengetahui mengenai asal usul mereka yang tidak seperti rakan-rakannya yang lain. Oleh itu, hal ini juga mungkin membawa mereka kepada gejalaj social kerana mereka merasakan diri mereka kotor dan tidak diterima oleh masyarakat sekelilingnya.

KESAN CINTA

Perubahan Sikap dan Emosi

Menurut Dr. Ajif Narib, penyelidik dari Universiti Perubatan Carlifonia Selatan menyatakan bahawa golongan wanita berpotensi mengalami kemurungan dua hingga tiga kali ganda berbanding daripada golongan lelaki.
(Dewan Pemuda Pas Sarawak,Edisi Julai 2009)


Saintis Amerika menyatakan impak akibat kemurungan ini akan menjejaskan aktiviti otak yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.
(Kelab Penyelidikan KH FSM UPSI,Edisi April 2009)



Peningkatan Kes Bunuh Diri


Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun yang lalu, terdapat seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia mati kerana membunuh diri. Malah data yang dipetik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam usaha membantu menangani kes ini, mendakwa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh diri sehari di Malaysia.
(Suara Hati, Keluaran Jun 2009)

Kes Lari dari Rumah

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tiga punca utama remaja lari dari rumah ialah mengikut kekasih, pengaruh kawan dan keinginan untuk bebas. Sebanyak 6,270 kes dicatatkan sejak 2004 hingga Mei tahun ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa, terdapat kes remaja lari mengikut teman lelaki yang membabitkan remaja perempuan seawal usia 10 tahun, manakala peringkat umur 14 dan 17 tahun mencatatkan kes paling ramai iaitu 4,097 orang.
(Hashim dan rakan-rakannya dari Universiti Teknologi Malaysia, Seminar Kaunseling Keluarga 2008)



Kes Seks Luar Nikah

Kajian akhbar i-Kon yang dijalankan ke atas 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, berusia lingkungan 15 tahun hingga 30 tahun menyatakan bahawa sebanyak:

                            57 peratus remaja mengaku pernah bercium.

                            69 peratus pernah berpeluk dengan teman istimewa

                            80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa

(Akhbar i-Kon,2008)


Mengikut Tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 yang membabitkan 350,000 responden dari 41 negara, seseorang remaja mula melakukan hubungan seks buat pertama kali antara usia 16 tahun dan 20 tahun atau purata usia 17.7 tahun. Secara purata di Malaysia, didapati remaja melakukan seks kali pertama pada usia 19.3 tahun berbanding 20 tahun pada 2001.
(Tinjauan Seks Sejagat Durex,2004)



Kes Pengguguran Haram


Di US, dua badan utama iaitu Federal Centers for Disease Control (FCDC) dan Alan Guttmacher Institute (AGI), telah mengumpulkan data kes pengguguran anak yang menunjukkan bahawa jumlah nyawa yang dibunuh dalam kes pengguguran di US iaitu hampir 2 juta kes. Kes penggugguran janin tersebut lebih banyak dari jumlah nyawa manusia yang dibunuh dalam mana-mana peperangan dalam sejarah negara itu.
(Federal Centers for Disease Control (FCDC) and Alan Guttmacher Institute (AGI),2009)

AKIBAT CINTA YANG TERLAMPAU

 
Maruah Dan Imej Terjejas
Salah satu kesan cinta ialah segala benda yang paling berharga yang ada pada seseorang wanita seperti maruah dan imej akan terjejas . Sebagai contoh, seorang wanita yang melahirkan anak tanpa bernikah mungkin akan mengambil jalan mudah dengan membuang anak tersebut ke dalam tong sampah, longkong, taman perumahan, surau dan sebagainya. Tindakan mereka ini untuk mengelakkan mereka dihina atau dicaci oleh masyarakat setempat sekirang masyarakat mengetahui mengenai dirinya yang telah melakukan kesalahan yang besar dalam hidupnya.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI


Bimbingan
•bagi mengekang atau mengatasi masalah ini,pelbagai pihak terutamanya orang yang terdekat dengan remaja iaitu ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi bimbingan yang berterusan dari segi pendidikan , agama dan sebagainya.langkah ini dapat membantu golongan remaja dari terjebak ke dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Pupuk Jati Diri
•golongan remaja perlu memupuk jati diri sendiri untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam kancah yang boleh membahayakan diri.ia melibatkan masa depan yang kelam sekiranya tidak menetapkan jati diri yang kukuh seawal usia remaja dan ianya perlu berterusan untuk jaminan hidup yang lebih baik.

LANGKAH SETERUSNYA

Berfikir Sebelum Bertindak

•golongan remaja khususnya perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan terlebih dahulu berfikir sebelum mengambil sebarang tindakan.keputusan yang diambil perlu mengambil kira pelbagai aspek dari sudut positif dan negatif.ia dapat membantu remaja membuat keputusan dengan bijak.

Dekatkan Diri Pada Agama

•ibu bapa dan anak-anak atau masyarakat perlu mendekatkan diri pada agama agar dapat bermuhasabah diri agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.program motivasi seperti kem bina insan mampu memberikan kesan yang mendalam pada diri remaja yang menyertainya.program tersebut dapat menginsafkan remaja seterusnya melahirkan generasi yang berpegang teguh pada agama dan yakin diri.

LANGKAH LAIN

Ikhlas Kepada Allah

Jika seseorang yang terkena penyakit al-‘isyq benar-benar ikhlas dan menghadapkan wajahnya kepada Allah dengan tulus, niscaya Allah akan menolongnya dengan cara yang tiada pernah terlintas di hatinya. Dia akan menyingkirkan segala penghalang menuju jalan taubat.


Berdoa

Merendahkan diri kepada Allah, secara tulus menyerahkan diri kepada-Nya, ikhlas, dan memohon kepada-Nya dengan segala kerendahan.


Berzikir dan Berfikir

Setiap orang hendaklah sentiasa ingat bahawa seluruh perbuatannya akan dipersoalkan tangungjawab masing-masing. Seharusnya dia berfikir bahawa perbincangan dengan kekasihnya akan ditanyakan nanti di hari kiamat. Dia juga hendaklah berfikir betapa malu dirinya kelak ketika Allah mencela perbuatannya.

Menjauhkan Diri dari Orang yang Dicintai


Menjauhkan diri akan mengusir bayangan orang yang dicintai dalam hatinya. Kita hendaklah bersabar menanggung perpisahan beberapa saat walaupun sulit pada awalnya. Seiring dengan waktu, seluruh masalah akan menjadi mudah.



Menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.

Hal ini demikian kerana mabuk cinta adalah kerana kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain, maka cintanya akan memudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.

Berkahwin

Pernikahan itu mencukupi segalanya, penuh berkah dan menjadi solusi. Jika orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka hendaklah ia menikahinya. Jika sulit menikahinya hendaklah memohon kepada Allah untuk memudahkannya. Jika tak boleh menikahinya kerana sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan memohon kepada Allah agar diberi jalan keluar.

Thursday, August 26, 2010

KESIMPULAN


Kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dalam hidup ini sama ada kesalahan itu besar atau pun kecil. Kita di mata Allah SWT tiada bezanya antara kaya dan miskin. Oleh itu, kita sebagai masyarakat haruslah memberi peluang kepada mereka yang terlanjur untuk bertaubat kepada Allah SWT. Masyarakat tidak perlu menghukum mereka dengan kesilapan yang telah mereka lakukan sekiranya mereka telah sedar akan kesilapannya dan ingin pulang ke pangkal jalan. Biarlah kesilapan yang mereka telah lakukan itu sebagai satu urusan mereka dengan Allah sahaja. Kita sebagai masyarakat sekeliling harus membantu mereka untuk insaf dan secara tidak langsung kita dapat memperbaiki diri kita agar tidak terjerumus dalam kancah maksiat kerana kita telah mengetahui kesan yang akan kita terpaksa harungi sepanjang hidup kita apabila kita terjerumus ke arah itu.