Friday, August 27, 2010

LANGKAH LAIN

Ikhlas Kepada Allah

Jika seseorang yang terkena penyakit al-‘isyq benar-benar ikhlas dan menghadapkan wajahnya kepada Allah dengan tulus, niscaya Allah akan menolongnya dengan cara yang tiada pernah terlintas di hatinya. Dia akan menyingkirkan segala penghalang menuju jalan taubat.


Berdoa

Merendahkan diri kepada Allah, secara tulus menyerahkan diri kepada-Nya, ikhlas, dan memohon kepada-Nya dengan segala kerendahan.


Berzikir dan Berfikir

Setiap orang hendaklah sentiasa ingat bahawa seluruh perbuatannya akan dipersoalkan tangungjawab masing-masing. Seharusnya dia berfikir bahawa perbincangan dengan kekasihnya akan ditanyakan nanti di hari kiamat. Dia juga hendaklah berfikir betapa malu dirinya kelak ketika Allah mencela perbuatannya.

Menjauhkan Diri dari Orang yang Dicintai


Menjauhkan diri akan mengusir bayangan orang yang dicintai dalam hatinya. Kita hendaklah bersabar menanggung perpisahan beberapa saat walaupun sulit pada awalnya. Seiring dengan waktu, seluruh masalah akan menjadi mudah.



Menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat.

Hal ini demikian kerana mabuk cinta adalah kerana kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain, maka cintanya akan memudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.

Berkahwin

Pernikahan itu mencukupi segalanya, penuh berkah dan menjadi solusi. Jika orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka hendaklah ia menikahinya. Jika sulit menikahinya hendaklah memohon kepada Allah untuk memudahkannya. Jika tak boleh menikahinya kerana sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan memohon kepada Allah agar diberi jalan keluar.

No comments:

Post a Comment