Friday, August 27, 2010

PUNCA


Faktor keluarga
Faktor keluarga merupakan salah satu penyebab pelajar mula ingin bercinta. Hal ini berlaku kerana apabila ibu bapa terlalu mementingkan harta dan terlalu sibuk menguruskan pekerjaan sehingga menyebabkan anak mereka tidak dapat kasih sayang, belaian, kawalan dan perhatian daripada mereka. Hal ini menyebabkan anak mereka mula mencari teman untuk mendapatkan semua yang diingini daripada teman tersebut.
Selain itu, faktor keluarga dilihat dari segi masalah rumah tangga iaitu masalah institusi keluarga itu sendiri seperti penceraian, bergaduh atau sebagainya menyebabkan anak mereka mula menjadi runsing dan ini akan menyebabkan anak mereka mula mencari jalan keluar dari permasalahan ini dengan bercinta.

Faktor persekitaran
Faktor persekitaran adalah salah satu punca yang menyebabkan berlakunya masalah bercinta. Hal ini berlaku apabila seseorang remaja itu terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Masalah ini dapat dilihat kini apabila terdapat ramai remaja yang mula terjebak dengan dunia cinta akibat dipengaruhi dengan persekitaran yang dikelilingi oleh ramai manusia yang bebas bersosial.

No comments:

Post a Comment