Friday, August 27, 2010

PENDAHULUAN

Cinta merupakan satu anugerah Allah SWT kepada semua makluknya tidak kira sama ada manusia ataupun haiwan. Cinta amatlah indah untuk diperkatakan oleh semua manusia. Pada masa sekarang, kita hanya dapat melihat cinta kepada manusia semata-mata iaitu cinta kepada kekasih hati sedangkan mereka sepatutnya wujudkan cinta dalam hati kepada yang lebih agung iaitu cinta kepada Allah SWT. Bagi seseorang perempuan, hidup mereka telah cukup lengkap apabila seseorang lelaki yang hadir dalam hidup mereka bagi mengisi kekosongan dalam hati mereka. Apabila seseorang dikuasai oleh sayang yang terlampau, mereka sanggup mengadaikan maruah mereka kepada seseorang lelaki yang belum menjadi suami mereka. Bak kata remaja zaman ini “Kahwinnya sudah cuma nikahnya sahaja yang belum”. Akhirnya, apabila hati dan akal telah dikawal oleh hasutan syaitan maka si gadis hilang daranya dan si lelaki hilang terunanya. Hal ini bagi seorang perempuan dengan cara memberi segala yang berharga pada diri mereka kepada orang yang dicintai adalah bukti bahawa cinta mereka pada lelaki tersebut adalah cinta yang sangat agung manakala bagi seseorang lelaki pula dengan cara mengambil hak yang bukan milik mereka adalah untuk mengikat agar perempuan yang dicintainya itu tidak berubah hati kepada orang lain tanpa memikirkan kesan yang akan mereka tanggung kelak. Oleh itu, hal ini menyebabkan pelbagai masalah moral telah berlaku dalam kehidupan masyarakat sekarang.

No comments:

Post a Comment